Popular Posts

Sunday, January 2, 2011

NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU??!!

SUATU hari....
Omar Al-khattab sedang bersiar2 di lorong-lorong dalam kota madinah.di hujung simpang jalan,beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi.Pemuda tersebut menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya.timbul syak di hati O mar al-khattab apabila terlihat keadaan itu.lantas bertanya,"apa yang engkau bawa itu?".Kerana panik, (takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan)pemuda itu pun menjawab dengan terketar2 bahawa benda yang dibawa tersebut adalah madu walhal ia sebenarnya adalah khamar(sejenis arak).Dalam keadaannya yang berbohong tadi,dia sebenarnya ingin berhenti dari terus meminum arak.Sesungguhnya dia telah menyesal dan insaf kerana melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu.Dalam penyesalan itu,dia berdoa kepada ALLAH supaya Omar al-khattab tidak memeriksa isi kendinya.

Pemuda itu masih menunggu kata2 daripada khalifah tersebut."kendi ini berisikan madu".Kerana tidak begitu yakin,khalifah omar ingin melihat sendiri isi kendi tersebut.Dengan izin ALLAH,seketika itu jualah,ALLAH telah menukarkan khamar tersebut kepada madu!!!

Begitu seseorang berniat untuk bertaubat dan ALLAH memberikan hidayah-NYA,dan niatnya yang ikhlas,ia akan terhindar dari bencana(dengan izin ALLAH) seperti yang berlaku kepada pemilik kendi tersebut...





Allah Taala berfirman;"Seteguk khamar diminum maka tidak diterima ALLAH amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari.dan sesiapa yang minum khamar segelas  maka Allah taala tidak menerima slatnya selama empat puluh hari.Dan orang yang tetap minum khamar maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal".Ketika ditanya,"Ya Rasulullah,apakah NAHRUL KHABAL itu?" 
Jawab Rasulullah s.a.w. "darah bercampur nanah orang ahli neraka!"

No comments:

Post a Comment