Popular Posts

Thursday, March 31, 2011

di 'copy' dr seorg sahabat...

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi… begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “kamu ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia.
Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan? Begitulah resam manusia,
seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.
Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.
Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah laksana Nakhoda
Ke mana diarah di situlah perginya,
alangkah dayusnya dia.Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk
dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut,
merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya,
sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka.
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.
Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.
Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.
Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.
Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah
(sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.
Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.
Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,
cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.
Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing
dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia adalah dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu,
untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.
Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)
sumber : Andhika Al-Banjari Mtp

Wednesday, February 9, 2011

hadis

"dari aisyah r.a.,dari rasulullah bersabda:'5 binatang perosak yang dibunuh di tanah haram :tikus,kala jengking,burung helang burung gagak"

bertani di ................SYURGA!!

Pada suatu hari,RASULULLAH S.A.W berbicara dengan seorang lelaki dari desa.Rasulullah menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada ALLAH untuk bercucuk tanam.Kemudian,ALLAH bertanya kepadanya bukankah ALLAH telah memberikan segala yang diperlukan?Lelaki itu mengakuinya,tetapi dia suka bercucuk tanam.Lalu dia menabur benih.Tanaman itu langsung tumbuh.Kesemuanya sama.Setelah itu dia menuai.Hasilnya dapat setinggi gunung.ALLAH berfirman kepadanya,:"WAHAI ANAK ADAM,IA TIDAK MENGENYANGKAN PERUT KAMU".


"Demi ALLAH.orang itu adalah orang Quraisy ataupun Ansar kerana mereka dari golongan petani.Kami bukan dari golongan petani",kata orang Badui itu.Rasulullah tertawa mendengar kata-kata orang Badiu itu.

Tuesday, January 25, 2011

MUHASABAH.....

MUHASABAH BERSAMA

by جلال الدين on Tuesday, 18 January 2011 at 01:08
“Agama ini kukuh dan kuat. Masukilah dengan lunak, dan jangan sampai timbul kejenuhan dalam beribadah kepada Rabbmu.” (Al-Baihaqi)
Maha Suci Allah yang menggilirkan siang dan malam. Kehidupan pun menjadi dinamik, seimbang, dan berkesinambungan. Ada hamba-hamba Allah yang menghidupkan siang dan malamnya untuk sentiasa dekat dengan Yang Maha Rahman dan Rahim. Tapi, tidak sedikit yang akhirnya menjauh, dan terus menjauh.
Seperti tanaman, rohani perlu siraman
Sekuat apa pun sebatang pohon, tidak akan pernah terlepas dari kebergantungan kepada air. Siraman air menjadi tenaga baru buat pohon. Dari tenaga itulah pohon mengukuhkan tajakan akar, meninggikan batang, mencambahkan cabang, menumbuhkan daun baru dan menghasilkan buah.
Seperti itu pula siraman rohani buat hati manusia. Tanpa kesegaran rohani, manusia cuma sebatang pohon kering yang berjalan. Tak ada keteduhan, apalagi buah yang boleh dimanfaatkan. Hati menjadi begitu kering. Persis seperti ranting-ranting kering yang mudah terbakar.
Allah swt. memberikan teguran khusus buat mereka yang beriman. Dalam surah Al-Hadid ayat 16, Yang Maha Rahman dan Rahim berfirman, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka. Lalu, hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Hati buat orang-orang yang beriman adalah ladang yang harus dirawat dan disiram dengan zikir. Dari zikirlah, ladang hati menjadi hijau segar dan tumbuh subur. Akan banyak buah yang boleh dihasilkan. Sebaliknya, jika hati jauh dari zikir; ia akan tumbuh liar. Jangankan buah, ladang hati seperti itu akan menjadi sarang ular, kelabang dan sebagainya.
Hamba-hamba Allah yang beriman akan sentiasa menjaga kesegaran hatinya dengan lantunan zikrullah. Seperti itulah firman Allah swt. dalam surah Ar-Ra’d ayat 28. “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.
Rasulullah saw. pernah memberi nasihat, “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Rabbnya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati.” (Bukhari dan Muslim)
Siapapun kita, ada masa lengahnya
Manusia bukan makhluk tanpa khilaf dan dosa. Selalu sahaja ada lupa. Ketika rohani dan jasad berjalan tidak seimbang, di situlah berbagai kealpaan terjadi. Saat itulah, pengawasan terhadap nafsu menjadi lemah.
Imam Al-Ghazali mengumpamakan nafsu seperti anak kecil. Apa saja ingin diraih dan dikuasai. Ia akan terus menuntut. Jika dituruti, nafsu tidak akan pernah berhenti.
Pada titik tertentu, nafsu boleh menjadi dominan. Bahkan sangat dominan. Nafsu pun akhirnya memegang nakhoda hidup seseorang. Nalar dan hatinya menjadi lumpuh. Saat itu, seorang manusia sedang bertuhankan nafsunya.
Allah swt. berfirman, “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.” (Al-Jatsiyah: 23)
Seburuk apapun seorang muslim, ada pintu kebaikannya
Seperti halnya manusia lain, seorang muslim pun punya nafsu. Bezanya, nafsu orang yang beriman lebih terkawal. Namun, kelengahan dapat memberi peluang buat nafsu untuk tampil dominan. Dan seorang hamba Allah pun melakukan dosa.
Dosa buat seorang mukmin seperti kotoran busuk. Dan solat serta istighfar adalah di antara pencuci. Kian banyak usaha penyucian, kotoran pun lenyap: warna dan baunya.
Allah swt. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga135. “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa….Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah. Lalu, memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
Khilaf buat hamba Allah seperti mata air yang tersumbat. Dan zikrullah adalah penghilang sumbat. Ketika zikrullah terlantun dan tersiram dalam hati, air jernih pun mengalir, menyegarkan wadah hati yang pernah kering.
Sekecil Apapun kebaikan dan keburukan, ada ganjarannya
Satu perkara yang dapat menyegarkan kesedaran rohani adalah pemahaman bahawa apa pun yang dilakukan manusia akan dibalasan. Di dunia dan akhirat. Dan di akhirat ada balasan yang jauh lebih dahsyat.
Firman Allah swt., “Siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (Al-Zilzaal: 7-8)
Pemahaman inilah yang sentiasa membimbing hamba Allah untuk sentiasa beramal. Keimanannya terpancar melalui perbuatan nyata. Lantunan zikirnya hidup dalam segala keadaan.
(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali Imran: 191)